Friday, August 13, 2010

Pulau ais ancam laluan kapal

STOCKHOLM 11 Ogos – Sebuah pulau ais yang empat kali lebih besar daripada Pulau Manhattan di New York kini sedang hanyut merentasi Lautan Artik selepas berpecah dari sebuah glasier di Greenland.
Pelantar minyak dan laluan perkapalan berpotensi berada di laluan glasier raksasa itu yang tidak boleh disekat dan sebarang pelanggaran boleh membawa kerosakan yang teruk.
Dalam senario kes terburuk, ketulan-ketulan ais besar yang pecah dari pulau hanyut itu boleh memasuki perairan sibuk seperti yang menjadi punca kapal Titanic karam pada 1912 akibat berlanggar dengan ketulan ais Greenland.


Musim panas ini menyaksikan beberapa bencana besar disebabkan perubahan iklim di seluruh planet, termasuk kebakaran hutan, gelombang cuaca panas dan jerebu di Rusia dan banjir besar di Asia.
Namun, detik glasier Petermann pecah minggu lepas, sekali gus mewujudkan pulau ais Artik yang terbesar dalam setengah abad, mungkin menjadi simbol paling jelas bagi menggambarkan suhu dunia yang semakin panas.
“Pulau ais itu begitu besar tidak ada sesiapa boleh menghalangnya daripada hanyut. Tiada sesiapa boleh menyekatnya,” kata pakar glasier di Universiti Oslo, Jon-Ove Methlie Hagen.
Tidak banyak imej yang boleh menggambarkan ancaman perubahan iklim dunia dengan lebih jelas daripada imej sekeping ais seluas 260 kilometer persegi berpecah dari kepingan ais Greenland yang terbentang luas.
Penyelidik sedang giat berusaha untuk mengenal pasti laluan yang mungkin diambil oleh pulau ais terapung yang sedang bergerak ke Selat Nares antara pantai barat laut Greenland dan Pulau Ellsemere di Kanada.
Jika pulau hanyut itu memasuki selat tersebut sebelum musim sejuk yang dijadual bermula minggu depan, ia dijangka dibawa arus laut ke selatan, menyusuri pantai timur Kanada sebelum memasuki perairan yang sibuk dengan aktiviti cari gali minyak dan perkapalan dekat Newfoundland.
“Di situlah kepingan itu akan mula menjadi berbahaya,” kata Mark Drinkwater daripada Agensi Angkasa Eropah (ESA). – AP

Petikan dari  Utusan Malaysia online Arkib 12/8/2010

Monday, June 28, 2010

Siapa punya air?

Semasa pulang ke Johor minggu lepas saya ketemukan dengan keratan akhbar Metro yang saya kira sangat menarik. Tentang air tentunya. Tajuk akhbar -Mesir Mahu Kuasai Bekalan (Harian Metro:Global, Selasa 15 Jun 2010). 

“Kali terakhir kami minum air daripada paip di rumah ialah empat hari lalu.” Kata Mona seorang penduduk yang tinggal di Kirdasar.

Hm.. serius bunyinya tu. Macamana boleh berlaku masalah air di Mesir, sedangkan mereka sangat hampir dengan Sungai Nil? Kerajaan Mesir masih terperangkap dalam perebutan  air dengan negara  lain yang juga bertebingkan sungai itu. Mesir seperti Sudan, enggan menandatangani perjanjian baru dengan alasan kelak perkongsian akan berlaku dengan lebih adil. Jadi nanti kuranglah kuasa mereka ke atas sumber air itu. Mesir telah menguasai Nil sejak sekian lama dan mendakwa mempunyai hak turun-temurun ke atasnya. Negara-negara lain seperti Habsyah, Kenya, Rwanda, Tanzania dan Uganda telah pun menandatangi perjanjian perkongsian hak ke atas Sungai Nil dengan harapan akan memperolehi perkongsian yang lebih besar terhadap Nil. Kaherah menjalankan tindakan diplomatik bagi memastikan ‘ketuanan’ mereka terhadap Nil dapat dikekalkan.
Menurut fakta akhbar ini, Mesir bergantung kepada Nil untuk mendapatkan 90% keperluan air bagi 80 juta penduduknya. Komen pakar mengatakan perjanjian yang telah dipersetujui oleh lima negara itu seharusnya tidak memberi kesan besar kepada penduduk Mesir. Masalah pokok mereka ialah sistem grid air yang sudah using dan dasar air tempatan yang tidak cekap.

“Masalahnya ialah pengagihan air- siapa yang menggunakannya dan untuk apa- serta pembahagian secara adil terhadap hak penduduk untuk mendapatkan air bersih.” – Habib Ayeh, Pakar geopolitik dan penyelidik di Universiti Amerika, Kaherah.

Sedang penduduk Mesir mengalami krisis air, ironi di bandarnya memperlihatkan padang golf yang serba hijau dan landskap yang menghiasi landskap kawasan sekitar Kaherah yang dahulunya padang pasir. Nah, lagi fenomena air miskin VS air kaya di sini. Hosni Khordagui yang mengetuai Program Pembangunan Air Serantau Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Kaherah memberi amaran bahawa jumlah penduduk Mesir yang tinggal dibawah ‘garisan kemiskinan air’ akan berlipat kali ganda dalam masa sepuluh tahun akan datang. Dan seperti biasa, perkembangan populasi manusia disalahkan. Kononnya pola populasi yang tidak terkawal menyebabkan sumber semulajadi seperti air semakin berkurangan.


Pendapat saya, Mesir mengalami sindrom ‘water corruption’. Ketidak'telusan' dalam pengurusan air. Sepatutnya perkongsian Nil tidak menjejaskan sumber air Mesir melainkan mereka tidak mahu mengkaji semula sistem agihan air di sana. Apa perlunya padang golf semasa rakyat Mesir tercekik kerana tidak cukup air? Lagi, rasanya Nil tidak dimiliki siapa-siapa melainkan yang menciptanya. Mengapa timbul soal pemilikan Nil oleh Mesir?
Namun melihat kepada sudut lain, Mesir berhak menghijaukan tanah mereka sebagai usaha mengatasi masalah pemanasan global. Tetapi mungkin pelaksanaan kurang kajian menyebabkan bumi mereka hijau diatas kekeringan rakyat sendiri. Semua negara terlibat sama dengan permasalahan ini sebenarnya. Siapa yang bertanggungjawab ke atas peningkatan suhu global ini? Ada siapa angkat tangan? Tak ada.. tuding jari nampaknya macam banyak..
Jadi kita yang belum dipaksa rasa susah sebab tak cukup air kenalah belajar bersyukur. Macamana bersyukur dengan nikmat air? Senang je, jangan membazir. Guna yang perlu sahaja. Cuba periksa air yang kita guna hari ini. Berapa banyak yang kita buang ke singki? Berapa banyak yang kita biarkan mengalir semasa urusan harian?
Islam sangat menitikberatkan penggunaan sumber alam secara efisyen. Muslim dilarang membazir di dalam urusan harian mereka, lebih-lebih lagi dalam urusan ibadah. Di dalam satu hadis riwayat Ibnu Majah dan Ahmad, Rasulullah SAW menegur sahabat berlebihan menggunakan air semasa wudhu’.

Tatkala Nabi melewati Sa’ad yang tengah berwudhu beliau bersabda: "Janganlah boros dalam menggunakan air." Sa’ad berkata: "Apakah ada istilah pemborosan dalam hal air?" beliau menjawab: "Ya, meskipun engkau (berwudhu) di sungai yang mengalir." (HR Ibnu Majah dan Ahmad).

Jangan membazir air, hatta di sungai yang mengalir sekalipun. Halusnya agama memelihara alam apabila  perbendaharaan itu dari Tuhan yang menciptakan dan mentadbir semesta.

Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada Tuhannya. (Al-Isra 17: 27)

Thursday, May 13, 2010

Kemas.

Kemaskini Kitab yang Terbuka. Sengaja saya alihkan sebahagian senarai blog di sini ke Ranting Kecil Pohon Cendana. Hari-hari mencari laman dan blog berkaitan alam buat disisip di laman ini. Ada juga merisik beberapa orang untuk menyumbang tulisan di sini. Besar cita-cita saya pada Kitab yang Terbuka. Sehingga hari ini, saya sudah menghadam banyak buku dan tulisan berkenaan alam dan sudahnya saya kusut sendiri. Duduk di hadapan komputer, saya buntu bagaimana mahu bermula. Alam sekitar pada saya adalah seperti satu kitab yang sangat tebal di mana di dalamnya terdapat pecahan tajuk kecil yang banyak. Setiap satu tajuk adalah sangat kompleks dan saya dengan kapasiti 'manusia' tidak mampu menghurai semuanya sendiri. Saya sedang mencari lagi siapa yang mahu berkongsi tentang air, udara, tanah, langir, batu, matahari, planet, hidupan dan banyak lagi. Setidak-tidaknya kalau ramai nanti, tidaklah laman ini senyap dengan matinya saya. Kalau ada yang mahu berkongsi ilmu dan rasa mereka tentang alam, saya sangat mengalu-alukan. Inilah yang paling remeh termampu kita lakukan untuk bumi. Setidak-tidaknya kita punya hujah dengan anak-anak kita kelak apabila mereka bertanya tentang warisan alam yang jelek kita tinggalkan buat mereka. Juga kita punya bukti di hari pengadilan nanti bahawa kita pernah ada usaha melawan kuasa gila yang menghancurkan amanah ini.

Lagi, saya sedang mengumpul bahan tentang kajian berkenaan elemen alam sekitar di dalam pembinaan masjid. Alam sekitar di mata Islam, bagaimana? Dan diterjemahkan pula hubungan itu pada pembinaan tempat beribadah Muslim, mengapa? Satu buku yang saya temui sangat menarik tentang kajian ini. Architectural Conservation in Islam: Case Study of the Prophet’s Mosque tulisan Syed A. Iskandar, 2005. Saya mesti berkongsi sedikit isi dari buku ini suatu hari nanti. Terima kasih Pn Rosta, penyelia yang sangat membantu terutamana dari sudut bukan teknikal dan Dr Zuhdi yang telah memberi idea semasa saya pening mencari tajuk.

Mudah-mudahan laman dan kajian yang diusahakan menambah kualiti saya sebagai seorang muslim dan pengamal ilmu alam sekitar. Mudah-mudahan kajian ini kelak memberi manfaat kepada manusia lain, InsyaAllah.

Thursday, May 6, 2010

Water thought


For at the heart of matter is modern society’s disconnection from water’s life-giving qualities. We have been quick to assume rights to use water, yet very slow recognize obligations to preserve and protect it. (Sandra Postel from The Last Oasis)

Water Crisis

Have we ever imagined a life without water? Will there be any single that we can call as ‘living thing’? The most special creature of God- water is a like a moving mercy that flows within and around us and yet we neglected it. Vast beneficial functions of water are derived from the central role of it due to inner structure of water molecule. Falkenmark & Lindh (1975) have briefly describe water through two hydrogen atoms that are fastened to a common oxygen atom in such a way which makes water molecule has a surplus positive electric charge at one end and a predominantly negative charge at the other. Because of it, water molecules tend to join together at low temperatures, the positive end of one molecule attracting the negative end of its neighbors. These hydrogen bonds make the water as extraordinary complex as if a polymer. It is a common science knowledge about how water serves man and nature. Just name the any percentage or figure that resembles water function and whatever change may takes place if the number shift- everyone will seems to be know-enough about it. Then why must happens such a riot like water crisis when human ‘know’ well about water?



The story of half glass is vey interesting when talking about water crisis. While optimist describing the glass as half-full, the pessimist think of it as half glass is empty. From the point of view of environmental attorney, half of the water resources are gone, and the other half is polluted- A conceptualized of water crisis. The term of water crisis is actually used by UN to explain the relationship between world’s water resources and human demand. Rajindar Singh wrote a letter to the editor of Membrane Science journal in 2008 reminding that water crisis is going to be the greatest problem facing humanity in 21st century. According to UN, 1.2 billion people currently do not have access to clean drinking water and half of world’s population lack adequate water purification. It is very surprising when someone or organization comes out with a statement saying water crisis does not happen. It’s a good humor though when organization of Food and Agriculture claimed such statement without having a glance at a five-year old kid dying for a drop of water next to them.

We have to agree on a fact that our earth is a closed system and everything in it is very much related to one another. Numbers of causes contributing to water crisis are pretty similar with factors of other environmental problems. Most important reason of water scarcity is the resources of our water are being polluted with industries, agricultures and other human activities. The situation get worsen when water pollution is coupled with others factors like degradation of groundwater quality by naturally occurring arsenic, sea level rise by global warming, mismanagement of water resources and overpopulation. Look real carefully, we are draining off the rivers and soon the land will die because of thirst.


World Tour of Water Crisis

Postel (1992) explained that nearly 40 percent of the world’s people live in river basins shared by more than two countries. India and Bangladesh haggle over the Ganges River, Mexico and United States over the Colorado, Czechoslovakia and Hungary over the Danube and Thailand and Vietnam over the Mekong. In Africa alone contains 57 river and lake basins shared by at least two nations. Looking at this situation, we should be able to imagine the worst if those big rivers were to dry. In water-stressed country like India, Australia, China, South East Asia, Northern Africa and North East Africa the situation is especially acute.

Middle East water crisis is likely a legend to us. Postel (1992) again has briefly elaborated on the issue. Middle East is one of the highest population growth rates in the world and they are very dependently relying on irrigation for their agricultural productivity. Middle East countries have much at stake when it comes to distributing the region’s supplies. Over next decade, water issues in the region’s three major basins- the Jordan, the Nile, and the Tigris-Euphrates will foster either an unprecedented degree of cooperation or a combustible level of conflict. Israel, Jordan and occupied West Bank share the waters of Jordan River basin. Israel’s annual water use already exceeds its renewable supply by more than 15 percent. With the projected influx of up to 1 million Soviet Jews over the next decade, its yearly water deficit will worsen so greatly. Jordan’s water use, less than half of Israel’s per capita basis is also growing near to the supply limits with its expanding population of 3.4 percent annually. The old issue in Middle East involves also Ethiopia, Sudan and Syria and it needs a book specially entailing the problem. Conflicts, arguments and fights keep on going  until today and it seems like the end dot over the matter is almost unreachable.

Ann-Christin Sjondler Holland in her book of The Water Business has shared many experiences as she travelling extensively in Latin America and Europe. One of most interesting part is problem of rural water supply in Kenya. The major global companies are mainly interested in establishing themselves in cities, where populations are financially secured. Since it is not profitable to install water in the countryside, villagers of Kampi ya Moto in Kenya are unlikely to make their acquaintance. Recalled of one respondent statement on water scarcity they are facing, she said that “To be without water is a catastrophe during the dry season. There are people who have live without water for two or more days and neighboring farmers are forced to rely on the rains.” While a report by UN-Habitat tells horror stories about the struggle to get water: people fighting for their pitiful quota of water pump where access is allowed for only few hours a day, issues of corruption have been spread. Ministries and public authorities tend not to bother to pay for water for instance. Such problem is facing by Kenya alone in all of Africa regions.

There are some more examples of water crisis in this world tour. In India, groundwater from aquifers is being pumped at nearly twice the rate of aquifer recharge from rainfall, while both demand for water and the country’s population is expected to increase at least 50 percent by 2050 and 60 million people in Bangladesh have been affected by arsenic in drinking well water (Singh, 2008). For case in Malaysia, we had a global experience of 1998 El Nino has cause a long drought. Lack of rainfall in catchment areas especially in Selangor has resulted 2 dams that supply water to KL and surrounding regions to almost critical level and this affected 1.8 million residents (Aini et al., 2001).

Looking at situation of water crisis worldwide today, the impacts can be summarized as limiting factors on economic and social development (as water is used in manufacturing goods, food processing, power generation and religious ritual). Besides, it will promote human displacement at unprecedented scale.


Rich Water VS Poor Water

Taking back the example of Kenya, we can separate two groups of people in a settlement according to their ability to afford clean water. Rich people tend to have safe water consumption and sometimes they are special enough to get the water for free for many years. In contrast, poor people whom of course cant afford to pay for the bills of water treatment and so forth for a good water quality, they have to be satisfied with very little and scarce water that they have. To travel kilometers away just to get 20L of water is good enough compare to others who are craving to death for it.


Water War

As world population keeps expanding, climate change, temperature rise, disease spread, water will become even more essential to life. In fact at one time, it will be a rare thing to hear a family is having more than enough of clean water. In 2000, UN Secretary General Kofi Annan warned us that water could harbor the seed of violent conflict. Later the opinion is split on the likelihood of water war. For example in Middle East that has great potential to happen a war in future. We may not like the idea but it is possible that one day people will kill each other for the sake of a glass of water.


Water Ethic - A Solution?

The emerging technologies of today has proposed some solutions to water crisis namely Water recycling (Asano, 2006); desalination (Custodio, 2006); pricing, markets and regulation (Postel, 1992); efficient irrigation (Colombi, 2009) and many more. The question is, why so much of modern water management gone awry? It is a simple answer then- because we are trying to meet insatiable demands by continuously expending a supply that has limits, both ecological and economic. Technologies, equipments and instruments are all dead things that need hands to manage them. It is our hands, the human hands that are going to either screw up the strategies or success them. There is something less tangible that we have overlooked at- the values of water and attitude of human. Some values must be exerted on the hands and not meaninglessly be put on the technologies and instruments. The so called value is when we are doing it. If the values are printed on the equipments, sign board, papers and so forth, then it should be called as decoration. We should have learned from water crisis that managing water as if it were separate and part from us is like cutting off the flow of blood to one part of the body in order to send it to another- the living entity suffers, and, depending on where the diversion takes place, may not survive.

Water ethic is part of a sustainable development code that entails a wholly new approach to economic progress, one that harmonizes economic goals and ecological criteria (Pastel, 1992). We are in need of water ethic approach as a guide to right conduct in the face of complex decisions about natural systems we do not and cannot fully understand. This method will require a reordering of economic goals and priorities. Practically, it is actually to find a dot where everybody in the world will agree to make a turning point. However, if it were to be happened that we manage to come out with a mutual benefits, enforcement must be carried out as soon as it happens. To start a good action, people tends to get forced doing it first (since they hate to separate from their devilish wants) and it is where comes the significant of some enforcement.

A society guided by a water ethic would have a set of indicators to monitor these trends, and would make course corrections to restore ecosystems to health before irreparable harm is done. We may see glimmerings of such ethic at work where scientists are trying to undo the damage caused by unsustainable economic development, as in south Florida’s Everglades, California’s Kesterson wetlands, and central Asia’s Aral Sea basin. Where an ethic operating at the outset, different economic choices would have been made, and the degree of violence done to nature greatly lessened (Pastel, 1992).


The fact that the earth is a closed system should be understood by humankind. Water creation is very much dynamic that it accepted almost everything given to it- good and bad. However at the end we will be forced to pay back on how we behave with water. We have had enough of conferences, meetings, exhibitions, organizations and many more but water crisis is still worrying. Perhaps the best practical step to take is to start with ourselves. Think twice before taking any decisions. Learn to be more grateful and appreciate water as our member of nature. Whatever we have earned today comes mostly from water. Even the history has recorded that civilization begins and blooms with water. If we are absent minded enough to ignore about water crisis, take a second glance- we are heading to end of the ages civilization.


REFERENCES

1. Aini, M.S., Fakhru’l-Razi, A. Siew Siuan, K. Water Crisis Management: Satisfaction Level, Effect and Coping of the Consumers. Water Resources Management 15:31-39, 2001. Kluwer Academic Publisher
2. Asano, T. 2006. Water recycling. Taylor & Francis plc. London.
3. Colombi, S.B. 2009. The World Water Crisis: The Failures of Resource Management. I.B. Tauris. New York
4. Custodio, E. 2006. The Potential for Desalination Technologies in Meeting the Water Crisis. Taylor & Francis plc. London.
5. Holland, A.C.S. 2005. The Water Business: Coorporation Versus People. SIRD. Kuala Lumpur.
6. Postel, S. 1992. The Last Oasis. Earthscan Publication Ltd.
7. Singh, J. 2008. Letter to Editor. Journal of Membrane Science 313(2008) 353-354. Science Direct.

Friday, April 2, 2010

Dedikasi

Fasal Etika Alam Sekitar kepada Environmentalist. Mengapa tukar?Hm.. Sengaja. Buat dedikasi kepada dua environmentalist yang saya kenal di sini. Selepas ini setiap tulisan di dalam fasal Environmentalist saya kreditkan untuk Pn Rosta dan Dr Zuhdi, pensyarah saya bagi subjek lanjutan etika alam sekitar. Sangat banyak yang saya pelajari dari kelas mereka. Bukan dari kurikulum pengajaran sahaja, tetapi dari nilai yang sarat mereka berikan. Saya suka dibiarkan menjadi seorang pemikir berbanding menerima sahaja fakta yang tetap. Mungkin alami saya ialah falsafah, jadi saya menyerap hujah mereka dengan baik. Kata Dr Zuhdi, tiada hitam atau putih di peringkat sarjana, terutama pada subjek falsafah. “There is always a grey region. It is your argument that matters..” . Kelas bersama Dr Zuhdi tidak lama, lebih kurang separuh semester sahaja. Pn Rosta baru kembali dari cuti rehat selepas pembedahan. Saya doakannya supaya diberi kesihatan yang lebih baik berbanding sebelum ini. Mudah-mudahan kesihatan baru ini lebih banyak berkatnya. Di dalam kelas pertama Pn Rosta, kami ditanya, untuk apa belajar subjek ini? Dan apa pula bezanya saintis alam sekitar dengan environmentalist? Uh.. terdiam juga mahu menjawab..

Dulu, Dr Zuhdi pernah juga bertanya perkara yang sama. Untuk apa belajar etika alam sekitar. Hm, subjek inilah yang mengikat saya untuk memilih UPM. Sepanjang kajian saya tentang silibus yang ditawarkan oleh banyak universiti lain, inilah sahaja univerisiti yang menawarkan subjek yang saya sangat mahukan ilmu tentangnya. Saya adalah Muslim, pertama sekali. Semua orang juga begitu fikir saya. Mereka adalah kepercayaan mereka. Muak belajar tentang alam tetapi tidak kelihatan pun penyelesaian yang praktikal. Semuanya cantik di atas kertas, bila tiba di tangan yang menguruskan, hilang semua akal dan adab. Mengapa ya? Jadi saya merasakan perlunya sesuatu yang dipanggil ‘nilai’ pada tangan yang mengendalikan alam. Bukan perjanjian ‘berakhlak baik’ di atas kertas sahaja. Dan ‘nilai’ itu datang daripada agama dan kepercayaan.












Untuk memanggil semua manusia kembali kepada satu konsep ideal tentang alam sekitar adalah tidak mungkin sementelah kita mempunyai maksud yang berbeza terhadap nilai baik dan buruk. Jadi bagaimana mahu bermula? Saya suka idea yang Pn Rosta berikan; setiap individu ‘tidak boleh memiliki dua hati di dalam satu jasad’. Contohnya, saya mahukan air yang bersih untuk kesihatan yang baik, tetapi di dalam masa yang sama saya muntahkan ke dalam air segala benda yang mengotorkannya. Kontadiksi. Ironi.

Merokok berbahaya untuk kesihatan. Semua setuju. Tetapi masih ramai yang memilih untuk merokok. Kontradiksi lagi. Dua hati di dalam satu jasad berlaku di dalam diri hampir semua manusia. Akal ada, nafsu pun ada. Tepuk dada, tanyalah rasa. Ketuk kepala, fikirlah lama.

Wednesday, February 3, 2010

Hujan lagi,

Saya makan nasi menghadap tingkap. Tiba-tiba masuk seekor lebah, terbang rendah, mengelilingi saya dan keluar melalui tingkap. Tidak lama kemudian, angin kuat menerpa membawa bersama rintik air. Hujan petang. Alhamdulillah. Rasa gembira. Dua minggu ini sangat jarang hujan. Barangkali lebah tadi mahu menyampai khabar hujan petang hari ini. Hihi.

Tapi ada bau asap semasa hujan tadi. Jengah di luar, ada pembakaran berlaku. Tengok asap berwarna hitam kekuningan. Barangkali yang dibakar kertas, rumput kering, dan plastik. Hujan datang memadamkan api, asap tidak pergi tinggi kerana langit agak padat dengan rintik air hujan. Jadi manusialah kembali yang menerima secara langsung toksik asap itu. Langit memulangkan kejahatan kepada kita. Ada terima kasih dari langit buat hujan.

Tugasan sisa berbahaya sudah selesai, Alhmdulillah. Tinggal artikel kualiti udara dan persiapan untuk ujian satu sabtu ini. Oh ye, ada sebuah buku etika alam sekitar yang mesti dihabiskan baca sebelum ahad juga. Uh.. banyak lagi rupanya.. Tak mengapa, susun kerja semula. Rancang dengan apa yang ada di tangan!

Teringatkan adik-adik KRIM yang terlibat kemalangan minggu lepas. Bagaimana khabar iman agaknya? Mudah-mudahan diberi sabar dengan ujian. Mudah-mudahan bertambah iman dengan ujian. Cepat sembuh ye semua.

Sebentar lagi ada perbincangn tugasan sisa pepejal, maghrib pun sudah tak lama lagi. Mahu jengah Ranting Kecil Pohon Cendana sebentar.